usah merinjis awan dalam renyai yang merintik ... usah menginai gelap malam dengan ungu warna pelangi
Nyanyian Tanjung Sepi




Catatkan di BUKU TAMU
hakcipta terpelihara®noorsuraya
E-Novel

Nyanyian Tanjung Sepi

ini sebenarnya, belum pernah diterbitkan di mana-mana.

Cerita ini, ditulis beberapa tahun dulu (sebelum saya menulis ketiga-tiga novel saya: Biru Ungu Cinta, Tanah Andriyana & Keranamu Ain...)

Manuskrip tulisan tangan yang sebelum ini saya malu-malu dan juga tak pernah pamer kepada sesiapa; lalu kini saya beri nafas baru untuk santapan tetamu-tetamu yang mengunjungi teratak kecil Nyanyian Tanjung Sepi ini

Saya menulis novel ini, ketika saya masih bertugas sebagai guru di Sibu. Cerita ini, seusia dengan novel keempat saya; Rindunya Kian Membara.

Sudah lama Nyanyian Tanjung Sepi ini (bukannya, manuskrip pertama saya) tinggal tersorok sunyi dan sepi dalam kotak kayu di rumah... lalu akhirnya beginilah jadinya....

Pandangan dan kritikan anda sangat saya hargai :)
Selamat membaca ya!

Salam manis daripada saya yang mereka panggil,
Kaksu

[NOOR SURAYA]

adnannsuraya@yahoo.com

TAUTAN BLOG

RUMAH KECIL TIANG SERIBU
AYERMATA
SERIBU SATU MALAM




Tetamu
ke

free hit counter
Nyanyian Tanjung Sepi
mulai dilancarkan secara rasmi pada 3 Ogos 2004

<< September 2016 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30

NYANYIAN TANJUNG SEPI (2006) diterbitkan oleh CESB



Dang Bersaudara
[Amai][Anis][Ayang][Inoi][Jijah][Kalas][Sari][Nila]

KERANAMU AIN... (2001) diterbitkan oleh CESB


"Jika mencintaimu membawa hukuman mati... aku sudah lama mati."
[Nik Ahmad Adam]




BIRU UNGU CINTA (2003) diterbitkan oleh CESB



"Seandainya terus mencintai Seera adalah suatu dosa... ampunilah keterlanjuranku itu, Tuhan."
[Abdul Fattah]


RINDUNYA KIAN MEMBARA (2004) diterbitkan oleh CESB



"Pabila berkata tentang cinta, kita... bagaikan tidak teringin jadi dewasa...."
[Dr Farhana Haji Abu Bakar]


TANAH ANDRIYANA (2002) diterbitkan oleh CESB



"Asap api embun berderai,
Patah sayap haluan perahu;
Niat di hati tak mau bercerai,
Kuasa Allah siapa yang tahu?"



GURINDAM JIWA: HATI ANDRIYANA (2007) diterbitkan oleh Jemari Seni Publishing








If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



 
Friday, June 06, 2014
Suatu Hari di Bulan Puasa...

 

1988: Taman Badlishah, Jalan Pegawai
Nyanyian Tanjung Sepi

KHALIDA menolak pintu lipat warna krim sehingga rapat ke dinding. Di anjung yang menghadap ke rumah Mak Teh Radiah tu, emak letakkan tempayan besar yang rendah tempat ikan emak berbagai-bagai warna berenang-renang di situ. Malangnya minggu lalu ikan-ikan emak mati kerana keracunan, entah siapa la beri ikan-ikan tu makanan yang silap agaknya. Ini tentunya kerja cucu-cucu teman bersara emak la ni.

 Nakal!

 Kelmarin, sudah pun Aqmar belikan emak ikan yang baharu, ikan kap Jepun warna-warni. Masih kecil-kecil pun, 7 ekor semuanya. Emak gembira bukan main. Aqmar memang pandai ambil hati emak. Apa sahaja emak sebut, sekejap sahaja sudah ada di depan mata emak. Mana tak jadi menantu kesayangan emak.

Tengoklah puasa baru sahaja sehari, sudah pun emak dibelikannya baju untuk hari raya daripada batik sutera, siap dengan tudung lagi. Itu tidak termasuk janji hendak bawa emak beli kasut di Penang pula waktu hendak hantar Lida balik ke kampus minggu depan. Pandai aja dia beli hati emak, hati-hati Mak Teh dan Mak Tam juga. Malah sejak tiga tahun jadi menantu emak, adik-adik sepupu Lida lebih kasih akan Aqmar daripada Lida. Mana taknya, Aqmar belikan mereka bunga api macam-macam jenis, duit raya pun bukan sepuluh dua puluh ringgit nilainya.

Tapi hati Lida yang sekeping ini, belum dia mampu beli sepenuhnya. Lida pun jadi kasihan, tapi cinta bukannya boleh dipaksa-paksa, kan? Lida pun bukannya tidak cuba untuk kasihkan dia sungguh-sungguh... kasih dan sayang itu ada, agaknya lambat bertunas aja. Atau malu-malu untuk Lida pamerkan. Apatah lagi lagi kalau di depan orang.

"Lida!"

"Ya emak."

Mata Lida sudah tumpah pada emak di depannya.

"Sudah pukul berapa ni, tak masuk dapur lagi. Emak mana tahu suami Lida suka makan apa untuk berbuka." Soalan emak Lida balas dengan senyum. Emak memang tidak suka kalau Lida buat mudah dalam hal menguruskan Aqmar.

"Abang Aqmar buka dengan kawan-kawan dia hari ni, emak." Balas Lida, dia melambai ke arah Ema adik sepupunya yang sedang mengerat serai di rumah sebelah, entah apalah yang Mak Teh hendak masak hari ini. Siap ada serai, siap petik belimbing buluh juga.

Ema tidak berani membalas lambaian Lida dengan ada pisau di sebelah tangan kanannya dan serai yang belum dikerat daunnya di tangan kiri. Dia cuma senyum.

"Lida gaduh dengan Aqmar?"

"Eh, taklah. Cuma dia makan dengan geng-geng hospital hari ini. Itu yang dia 'letak' Lida di sini. Supaya Lida seronok!"

"Sahur?"

"Nanti Abang Aqmar datang lepas singgah rumah umi dia. Sahur di sini la, emak." Cikgu Raihan sudah menjeling... 'umi dia'. Eloklah cakap macam tu, buat didengar orang... orang kata Cikgu Raihan ni tak tahu jaga tutur kata anak!

"Aqmar tu memanglah budak baik, belajarlah bersyukur Lida."

Lida membalas kata-kata emaknya dengan sebuah senyuman.

Ya, Aqmar yang baik apa lagi yang boleh dia kompelin. Suasana nyaman petang itu menambah sayu Lida pada rumah tangganya. Apa lagi yang dicarinya? Aqmar nampak begitu sempurna pada mata kasar semua orang, juga mula meraih kasih sayang daripada hati Lida juga. Aqmar datang dengan pakej yang sungguh lengkap �" menjadi sahabat baik tempat dia bertukar cerita dan pendapat; menjadi 'abang' dan 'ayah' dalam menyelesaikan masalah yang terbuku di hati... cuma ada ketika-ketikanya ada yang sukar untuk Lida luahkan fasal hatinya. Hatinya yang pelik, biarpun begitu Aqmar itu baik, masih sahaja belum berjaya menambat hati Lida seluruhnya. Ujiankah itu?

 "Entahlah Lida, emak macam tak percaya aja kau orang tak gaduh!  Susah dah hendak cari suami baik macam tu zaman sekarang!" balas Cikgu Raihan lalu masuk ke dalam. Setelah habis baca al-Quran tadi, dia sudah mahu masuk ke dapur. Aqmar ada atau tidak, dia mesti masak juga juadah berbuka. Sebentar lagi adik-adiknya di sebelah rumah ni mesti hantar sesuatu dan dia perlu membalas bekas mereka �" tak boleh tidak. Dia kakak yang sulung, tidak boleh tunjuk sikap pemalas!

Kata Radiah tadi, dia ingin masak udang galah masak lemak dengan belimbing buluh. Rafidah sudah buat karipap pusing, tadi Majmin ke sana menolong.

Apa hendak dimasak ni?

Mata Cikgu Raihan sudah meneroka seluruh peti sejuk.

Buat kerabu sahajalah, kan sudah ada udang galah masak lemak belimbing buluh dalam periuk di rumah Radiah tu menanti. Cikgu Raihan tersenyum, rezeki masih di periuk orang, hati sudah yakin di sini.

Kerabu apa?

Lagipun, Aqmar pun tak ada. Cukuplah, puasa ni kena belajar menahan nafsu makan juga, nanti hendak tarawih pun penat. Goreng ikan lengat, makan dengan kerabu, dah enak dah nanti.

Kerabu tauge?

Isy, macam pemalas la sangat... nanti nak balas bekas pun malu pada suami Radiah pula. Buatnya tiba-tiba Aqmar balik hendak buka puasa kerana tak jadi makan dengan kawan-kawannya ke, tentu hatinya berkata... emak masak ini sahaja? Malulah... pahadal sejak jadi menjadi menantu, setiap bulan Aqmar akan beri duit bulanan untuk dibuat belanja pada dia yang sudah dianggap seperti emak itu.

Buat sesuatu yang agak istimewa!

Yalah... takkan nak buat salad pula, mana tangan Melayu dia reti buat macam segala tu. Kerabu jantung pisang sahajalah, biar nampak rajin sikit. Aqmar pun suka kerabu jantung pisang. Buat cara Kelantan, tak pedas sangat kalau nak makan waktu sahur nanti.

Masalahnya, makanan macam tu akan buat Cikgu Raihan sakit pinggang lepas makan kerana angin.

"Lida..."

"Ya emak," jawab si anak dari beranda sisi. Suaranya sampai sahaja di situ. Beranda itu letaknya tidak jauh dari dapur rumahnya.

"Mai la tolong emak ni, Lida di rumah umi malas macam ni la agaknya," rungut emak, kuat dari dalam.

"Emakkk..." balas Lida sudah masuk ke dapur.

Ditinggalkan ikan-ikan berenang bersendirian di beranda. Ikan yang dibeli Aqmar untuk emak... ikan yang buat Lida menambah rasa sayangnya pada Aqmar lagi.

Saat ini, dia rindu pada Aqmar yang baik, Penang itu jauh. Kenapa mesti pergi buka puasa jauh-jauh, nanti nak berebut tarawih lagi, entah pukul berapa hendak sampai ni? Mungkin waktu Aqmar sampai nanti, Lida sudah tidur. Hatinya macam ingin merajuk.

Tapi...

Harap-harap Aqmar belilah martabak kambing di Restoran Hamediyah nanti. Sudah lama dia tidak makan martabak. Kan dah pesan tadi, untuk dia tentu Aqmar sanggup sahaja buat macam-macam! Senyum sudah terlukis di muka.

"Emak... sahur ni hendak masak apa?"

"Eh... berbuka pun belum, dah tanya fasal bersahur." Usik emak.

"Goreng telur ikan terubuk masin ya, Abang Aqmar suka telur ikan terubuk masin yang Lida beli dekat Pasar Chowrasta tu."

"Lagi?" soal emak. Dia suka apabila Lida ada semangat untuk berusaha keras masak makan untuk Aqmar.

"Entahlah, tiap-tiap tahun Abang Aqmar belikan buku masak, lepas tu kan rumah ni ada 'chef', tepi rumah pun emak-emak penakan Lida pun mahir masak, umi dan Kak Mah pun pakar juga... tapi Lida tak juga pandai-pandai."

"Tak pandai, sebab tak berusaha!" balas emak, pantas.

"Emak..."

"Sudahlah, pergi kait jantung pisang, lepas tu rebus!"

Ya, dia ingat pesan emak, jantung pisang tu jangan dibelah waktu merebus... biar sebiji-sebiji, supaya lembut isinya."

Emak sudah membelah nyiur untuk dikukur halus serta disangai jadi kerisik.

  Tak usahkan kertas biru,
                 Kertas putih saya suratkan;
            Tak usahkan hati yang rindu,
                 Hati yang kasih saya turutkan.



Posted at 03:17 pm by nrsuraya
Comments (2)  

 
Saturday, May 24, 2014
Setelah 8 tahun, Nyanyian Tanjung Sepi...
Assalamualaikum,

Terpaksa kaksu 'tempek' entri ini, sebab Blogdrive dah mengamuk nak 'delete' blog yang tidak aktif. Amboi... [ps: terima kasih Tun Arnida, sebab maklumkan yang blog ini dah hilang]

Nyanyian Tanjung Sepi - Sebuah Kenangan

Tinggi bukit gilang-gemilang,
Air laut tenang-tenangan;
Budi sedikit tidak kan hilang,
Itu menjadi kenang-kenangan.


Rasa-rasanya KakSu menulis Nyanyian Tanjung Sepi dalam tahun 1991 lagi. Ketika itu, KakSu baru sahaja 'posting' ke Sibu. Setiap petang KakSu cuba menyibuk diri apabila Abang Rosdi sibuk bermain bola sepak dan latihan ragbi untuk pasukan sekolahnya.

Kami tinggal di 'apartment' empat tingkat, berdekatan dengan 'town'. Kebetulan kami tinggal di tingkat atas dengan 'attachment' ruang kosong di atasnya lagi. Rutin yang menyeronokkan; ke perpustakaan awam (syukurnya, dibuka hingga jam sembilan malam... dan dapat meminjam 4 buah buku sekali gus). Sekarang ni, di sini (Sungai Petani) perpustakaan hanya di buka mulai jam sepuluh pagi sehingga 5 petang sahaja. Apatah lagi sekarang ni kerajaan cuti Jumaat dan Sabtulah pulak.

Bagaimanapun perpustakaan tiga tingkat (? Tak ingat) di Sibu tu cuma ada buku-buku cerita bahasa Cina dan Inggeris (KakSu tak baca pun). Tetapi ada banyak buku ilmiah, jadi itulah buku-buku yang dapat kami pinjam dan baca. Bayangkan kalau dah dua orang pinjam, kita dapat 8 buah buku.

Selepas tu kami akan makan-makan di tepi jalan dekat Kampung Datuk. Di situ jual ayam bakar (golek) dan sup udang galah yang sedap dengan cendawan. Airnya, tentulah air kelapa. Ayam seekor (ketika tu, tak boleh beli separuh lagi) kami habis berdua sahaja. Padanlah KakSu menjadi sangat tembam ketika duduk di Sarawak dan kemudiannya, berat badan tu sudah tak susut-susut lagi sehingga kini.

Lalu apa lagi yang KakSu buat untuk memenuhi masa yang terluang di 'apartment' tu sendirian? Tentulah dengan menulis. Lalu cerita Nyanyian Tanjung Sepi dan Rindunya Kian Membara (bukan judul asal)... KakSu lakarkan, dalam buku latihan. Rasa-rasanya kedua-dua cerita ni dilahirkan dalam tempoh yang lebih kurang sama. KakSu tidak ingat yang mana KakSu mulakan dahulu; Nyanyian Tanjung Sepi atau Rindunya Kian Membara?

Seingat KakSu, tajuk yang KakSu tulis pada ketika itu untuk Nyanyian Tanjung Sepi ialah
>>> Dr Khalidah: Nyanyian Tanjung Sepi
Sementara untuk Rindunya Kian Membara ialah;
>>> Dr Farhanah: Kasih Yang Berderai

Ketika itu, tidak pernah terlintas di hati KakSu untuk menghantar manuskrip itu ke mana-mana. KakSu tidak pernah tahu, di Semenanjung orang CESB sudah mulai menerbitkan novel-novel pun. Sebab buku-buku cerita (kecuali keluaran DBP) tidak pernah sampai dijual di Sibu. Jadi KakSu menulis untuk seronok sendiri sahaja.

Yaalah, supaya apabila KakSu bersendiri, ada sesuatu yang KakSu lakukan untuk menghabiskan masa yang terluang. Ketika itu, KakSu sudah pun menaip cerita Kernamu Ain Najwa... (tajuk asal). Semangatlah tu, baru beli PC 'second hand' dari orang. Rasanya harganya, RM2000. Abang Rosdi pernah mengusik, "boleh balik modal ke beli komputer ni?" Alhamdulillah, walaupun masih terkial-kial menaip dengan dua jari... KakSu memang menang beberapa peraduan menulis cerpen hasil dari menaip dengan PC tu... yang terbesar tentulah anugerah Sayembara Esso-Gapena ke-9, hadiahnya RM3,000. Balik modallah tu.

Walaupun sudah ada PC, tetapi sedari dulu pun, Nyanyian Tanjung Sepi dan Rindunya Kian Membara (KakSu cadangkan tajuknya sebagai, Surat Bersampul Perang kepada penerbit)... tidak pernah bertaip. Kerana tiba-tiba minat KakSu terarah ke arah menulis cerpen juga. Silalah ke rumah KakSu Buat Menyapu Si Ayer Mata untuk membaca cerpen-cerpen lama-lama KakSu di situ.

KakSu menulis Nyanyian Tanjung Sepi ke blog selepas, ingin menulis sebuah e-novel. Tentu sahaja ketika itu terpengaruh dengan penulisan anis a.k.a rnysa yang manis dalam RADHA. KakSu ingin menulis Nyanyian Tanjung Sepi ke situ kerana Nyanyian Tanjung Sepi tu KakSu tak berminat nak terbitkan ke mana-mana lagi. KakSu rasa ceritanya macam ala-ala Rindunya Kian Membara sahaja. Lalu daripada tersimpan dalam kotak kayu atau dibuang begitu sahaja... biarlah KakSu tulis cerita tu secara bersiri di blog ini.


Inilah manuskrip bertulis tangan dalam buku latihan
yang kaksu pindahkan ke blog secara bebas
dan ubahsuai sesedap hati itu....


Tidak sangka ya, blog ini telah mendewasakan Nyanyian Tanjung Sepi... pabila Nida melamar Nyanyian Tanjung Sepi KakSu dan dipujuk-pujuk oleh pelayar yang singgah di Nyanyian Tanjung Sepi, KakSu pun terasa nak membukukannya....





Posted at 01:58 am by nrsuraya
Comments (54)  

 
Friday, August 13, 2010
Nak Beli Nyanyian Tanjung Sepi?

 

Salam pada pembaca yang ingin dapatkan
Nyanyian Tanjung Sepi

boleh beli daripada : www.jemariseni.com  (terbitan lain)

Atau klik -> Terbitan Lain

Cetakan baharu: RM37.90
Diskaun JS = RM34.00 (tidak termasuk pos)

ps: ada tt penulis

terima kasih ya!


Posted at 01:34 pm by nrsuraya
Make a comment  

 
Thursday, March 01, 2007
Nyanyian Tanjung Sepi

Februari datang & pergi,

Sudah setahun Nyanyian Tanjung Sepi berada di pasaran. Inilah gambar kulitnya. Untuk pertama kali kaksu letakkannya di lamannya sendiri. Sekiranya adik-adik ingin mengetahui penamat cerita ini... silalah dapatkannya;

Bab 41 - 74 + Epilog, tiada dalam versi e-novel. Dan cerita di laman web telah diubah suai untuk versi cetak.  Sila catatkan 'rasa' anda pada ruangan... catatan  tamu --> Noor Suraya. Terima kasih :) 


Posted at 07:09 pm by nrsuraya
Comments (15)  

 
Friday, June 16, 2006
Walimah Faiza ~ Nasi Briyani

Walimah di Banglo Dr. Haslinda & Dr. Badrul Hisyam


       Semalam majlis walimah Jaja dibuat dalam taman seperti mana yang pernah kami – aku dan Aqmar – alami hampir dua puluh tahun dahulu.  Wah, masa begitu jauh meninggalkan aku.  Kini Kak As pun sudah menjadi emak mentua orang!  Sedangkan anak-anakku masih kecil lagi.  Semalam juga Kak As melahirkan rasa kesalnya berkahwin awal, “tak glamor eh, muda-muda lagi... setahun dua lagi, akan menimang cucu pula.”  

       
Aku tertawa mengingatkan kata-kata Kak As lagi.  Kak As sudah gemuk banyak, dan kata Abang Syam... kalau aku usik fasal berat badannya dia akan lancarkan perang sabil.  Kak As, Kak As... dia masih ceria-ceria macam dulu juga.  Dia tidak pernah tahu sedih.  Hidupnya tenang-tenang saja sejak dulu.  Semalam, akhirnya Kak As juga begitu megah berdiri di samping Mercedes mata belalangnya itu... yang diidam-idamkan sejak dahulu lagi. 

p/s: briyani & ayam tandori tu dipesan dari: Sinah Catering


Posted at 06:07 pm by nrsuraya
Comments (8)  

Next Page