hakcipta terpelihara®noorsuraya E-Novel Nyanyian Tanjung Sepi ini sebenarnya, belum pernah diterbitkan di mana-mana.
Cerita ini, ditulis beberapa tahun dulu (sebelum saya menulis ketiga-tiga novel saya: Biru Ungu Cinta, Tanah Andriyana & Keranamu Ain...)
Manuskrip tulisan tangan yang sebelum ini saya malu-malu dan juga tak pernah pamer kepada sesiapa; lalu kini saya beri nafas baru untuk santapan tetamu-tetamu yang mengunjungi teratak kecil Nyanyian Tanjung Sepi ini
Saya menulis novel ini, ketika saya masih bertugas sebagai guru di Sibu. Cerita ini, seusia dengan novel keempat saya; Rindunya Kian Membara.
Sudah lama Nyanyian Tanjung Sepiini (bukannya, manuskrip pertama saya) tinggal tersorok sunyi dan sepi dalam kotak kayu di rumah... lalu akhirnya beginilah jadinya....
Pandangan dan kritikan anda sangat saya hargai :) Selamat membaca ya!
Salam manis daripada saya yang mereka panggil, Kaksu [NOOR SURAYA]
"Seandainya terus mencintai Seera adalah suatu dosa... ampunilah keterlanjuranku itu, Tuhan." [Abdul Fattah] RINDUNYA KIAN MEMBARA (2004) diterbitkan oleh CESB
"Pabila berkata tentang cinta, kita... bagaikan tidak teringin jadi dewasa...." [Dr Farhana Haji Abu Bakar]
Melakar Cerita di Laman Rumah Kecil Tiang Seribu... Kaksu mulakan cerita Nyanyian Tanjung Sepi setelah; teman baik kaksu tidak benarkan kaksu menulis cerita "Rumah Kecil di Ujong Padang" yang baru sahaja kaksu siarkan dua kali dalam blog. Katanya, nanti orang ciplak… cerita tu kan kaksu nak terbitkan nanti. Mengikut telunjuknya ahaks… betullah tu menulis di maya bukannya selamat kerana tak ada copyright. Lalu akhirnya kaksu pilih Nyanyian Tanjung Sepi… yang kaksu dah nekad tak nak terbitkan.
Untuk mengajak pengunjung ke Rumah Kecil Tiang Seribu, kaksu tuliskan cerita tu bersama-sama cerita Keranamu Ain…II. Alasannya, novel tu dicetak empat kali, jadi kaksu rasakan kalau gabungkan dalam Nyanyian Tanjung Sepi sudah tentu ada pengikutnya yang tersendiri. Kaksu bercadang menulis cerita berbingkai di situ… iaitu NTS duduk dalam Keranamu Ain… II, macam kita buat inti karipap. Jadi inilah yang telah kaksu lakukan…
Kaksu jadikan Ain menulis novel tentang cerita Doktor Syarifah Nuur Khalida… lalu entri pertama berbunyi begini dengan tajuk yang kaksu catatkan sebagai:
Cerita Tentang Ain... Telah lama Ain ingin menulis cerita cinta Doktor Syarifah Nuur Khalidah yang telah ditemuinya beberapa tahun yang lalu, tatkala menghadiri Majlis Konvokesyen di Universiti Sains Malaysia. Namun begitu, Doktor Syarifah yang Ain panggil Kak Lida, masih menyembunyikan cerita cintanya yang sungguh unik itu. Kata Kak Lida, kalau kita dah cerita pada orang lain ... semuanya sudah tidak indah lagi.
Dalam diam-diam Ain pujuk-pujuk juga, sedikit-sedikit maklumat itu Ain simpan dalam catatan. Kemudian, apabila dirasanya, dia sudah mampu menulis ... sayangnya masa sudah tidak ada. Masa masih tidak menyebelahinya. Ain menjadi sangat sibuk.
Sekembali ke Malaysia dari Brunei Darussalam dan kemudiannya mendirikan rumah tangga … Ain seperti kehilangan seluruh masa. Ain tiada masa untuk dirinya sendiri. Malah setiap kali pula, suaminya keluar outstation ke mana-mana, setiap kali itulah Ain mengikut suaminya itu ke mana-mana juga. Dia seperti sudah menjadi bayang-bayang untuk suaminya pula. Selalunya mereka akan ke Terengganu, kerana suaminya harus berada di pelantar laut selama beberapa hari, kadang-kadang berbelas hari. Lalu Ain juga terpaksalah berkampung di sana. Kalau tidak tinggal di hotel sendirian menunggu suaminya pulang. Ain akan tinggal di apartment yang disediakan untuk staf Petronas di pinggir pantai itu, keseorangan.
Bersambung….
1. Kenapa judulnya, Nyanyian Tanjung Sepi? 2. Siapakah orang yang pertama memberi komen di situ? 3. Kenapa pisahkan NTS dari blog ibu kandungnya... Rumah Kecil Tiang Seribu ?
Posted at 05:16 pm by nrsuraya
fizaconan August 31, 2009 03:50 PM PDT bes sgt cita NTS ni..
suma novel kaksu bes..
hrp ada lg karya kaksu yg terbaru n bes mcm novel2 yg sebelumnya ..
neo December 5, 2008 08:39 PM PST assalamualaikum..best sgt citer nie.hope kak su dpt kuarkan nvel yang islamic cm nyanyian tanjung sepi.bkn pe,kebanyakn pembaca kdg2 lebih terkesan untuk melakukan sesuatu kerana mereka menghayati cerita ..pe2 pun nyanyian tanjung sepi best sgt.terharu la
kakmon May 5, 2006 03:23 PM PDT inti karipap???? patutpong syedap hikhikhikhik
JiD April 25, 2006 10:17 AM PDT kaksue...dgn berbesar hatinya jid datang nih nak jemput kaksue ke umah jid..jomla..jom la..jomla...**heret tangan kaksue dgn sekuat hati...**
adhan April 22, 2006 06:21 PM PDT sori kak su tumpang jap...
kak pink suruh saya menulis..apa nak tulis ek? *kerut dahi pikir nak tulis apa*
Em April 20, 2006 10:29 PM PDT kaksu, macam inti karipap? *jeling kat org bawah*
pinkJambu April 20, 2006 04:05 PM PDT adhan, kakpinK rasa adhan pun boleh menulis ;) tulis la SESUATU
adhan April 19, 2006 10:41 PM PDT kak su...nak kuarkan Keranamu Ain...II ek? cepatlah..tak sabar nak baca dan jadikan koleksi..
noor suraya April 19, 2006 03:19 PM PDT nur,
kaksu pun sama... walaupun nur jarang berkicau... kasih kaksu pada nur tak pernah berkurangan...
sayang:
kaksumu
Nur April 19, 2006 09:16 AM PDT sayang kak su selalu..Nur masih belum habiskan NTS(Nur baca lompat2 smpi sekarang),terlalu sayang utk dihabiskan.supaya memori kita sentiasa di situ dan segar selalu...