hakcipta terpeliharaŽnoorsuraya E-Novel Nyanyian Tanjung Sepi ini sebenarnya, belum pernah diterbitkan di mana-mana.
Cerita ini, ditulis beberapa tahun dulu (sebelum saya menulis ketiga-tiga novel saya: Biru Ungu Cinta, Tanah Andriyana & Keranamu Ain...)
Manuskrip tulisan tangan yang sebelum ini saya malu-malu dan juga tak pernah pamer kepada sesiapa; lalu kini saya beri nafas baru untuk santapan tetamu-tetamu yang mengunjungi teratak kecil Nyanyian Tanjung Sepi ini
Saya menulis novel ini, ketika saya masih bertugas sebagai guru di Sibu. Cerita ini, seusia dengan novel keempat saya; Rindunya Kian Membara.
Sudah lama Nyanyian Tanjung Sepiini (bukannya, manuskrip pertama saya) tinggal tersorok sunyi dan sepi dalam kotak kayu di rumah... lalu akhirnya beginilah jadinya....
Pandangan dan kritikan anda sangat saya hargai :) Selamat membaca ya!
Salam manis daripada saya yang mereka panggil, Kaksu [NOOR SURAYA]
"Seandainya terus mencintai Seera adalah suatu dosa... ampunilah keterlanjuranku itu, Tuhan." [Abdul Fattah] RINDUNYA KIAN MEMBARA (2004) diterbitkan oleh CESB
"Pabila berkata tentang cinta, kita... bagaikan tidak teringin jadi dewasa...." [Dr Farhana Haji Abu Bakar]
Menulis novel sebenarnya banyak bergantung kepada bagaimana kita mencanai dan menggarap pengalaman serta mengubahsuaikannya menjadi sebuah cerita baru. Anekdot-anekdot yang kita kumpul daripada sebuah perjalanan hidup sendiri atau orang lain, apatah lagi melalui pembacaan sangat penting untuk memantapkan sesebuah karya.
Benarkah begitu? Kaksu ingin berkongsi pengalaman buat mereka yang ingin menulis. Walaupun kaksu penulis kecil-kecilan dalam sastera popular saja, tetapi apa salahnya kalau kaksu sekadar hendak beri tips sikit.
Ikutilah sedutan petikan cerita Nyanyian Tanjung Sepi. Kaksu ingin memfokuskan tips ini kepada cerita: Nuur Hannah binti Aqmar Aziz.
-::-::-::-::-::-
Merpati kepak bersilang, Turun ke bendang makan padi; Simpan di peti takutkan hilang, Baik kusimpan di dalam hati.
-::-::-::-::-::-
Akhirnya Nuur Hannah binti Aqmar Aziz lahir pada malam Jumaat, lapan Muharam. Berat juga puterinya itu, dua perpuluhan sembilan kilogram. Khalida bersyukur kepada Allah dengan nikmat-Nya. Selepas lima hari tidak sedar diri kerana tumpah darah; lalu sebaik sahaja matanya dibuka untuk pertama kali, bukannya Aqmar yang dicari... tetapi Khalida ingin melihat anaknya! Begitulah naluri seorang ibu agaknya... kerana selama dia terbuai-buai dalam alam sedar dan alam mimpi... wajah mulus itu seperti mengikutnya ke mana-mana.
Catatan kaksu: Pengalaman ini kaksu kutip apabila adik ipar kaksu, Hafidzah lahirkan anaknya Deena Asyiqin. Fidzah dimasukkan ke ICU hampir 3 hari kerana tumpah darah dan 7 hari lagi untuk pengawasan. Ramai yang menderma darah untuk menggantikan 8 pain darah yang telah digunakan oleh emak Deena tu. Dan si Deena yang nakal tu menjadi 'penghulu' di wad kanak-kanak untuk tempoh 10 hari itu.
Kalau kita menjenguk Deena di bilik berlampu ungu itu, kita dapat dengar suara Deenalah yang kuat sekali. Al-maklumlah orang duduk di bilik bayi sehari dua sahaja... dia bermastautin sehingga 10 hari dan sehingga emaknya pulih... tentulah dia jadi 'penolong kanan @ penghulu' wad kanak-kanak berlampu ultraviolet tu.
Pertama kali memandang makhluk kecil yang tidak berdaya itu, hati Aqmar disedarkan dengan rasa takjub pada kekuasaan Pencipta. Kita yang dilahirkan serba kekurangan ini, tiba-tiba boleh menjadi sombong dan angkuh dalam meniti usia. Kita yang datang dengan tangan kosong dan tanpa pakaian juga, tiba-tiba boleh menjadi manusia yang lupa diri. Tuhan, jauhilah Nuur Hannah dari sifat-sifat takbur begitu. Tuhan, pinjamlah Nuur Hannah dengan sifat rendah hati dan tunduk kepada-Mu. Limpahlah kasih sayang-Mu untuk dia... jadilah dia anak yang solehah, yang taat kepada ibu ayah, doa Aqmar diam-diam di dalam hati.
Catatan kaksu: Semasa menulis petikan ini kaksu teringat kepada sajak Saudara A. Samad Said, Tetamu Senja.
Aqmar memerhati kedua-dua mereka dengan penuh keasyikan. Isterinya, Khalida seperti juga Nuur Hannah, terbaring tidak berdaya di situ. Khalida belum sihat betul. Untuk beberapa hari ini Khalida seperti sedang belajar menjadi ibu, dia masih teragak-agak untuk berbicara dengan anaknya dan masih malu-malu untuk menyusukan anaknya kalau Aqmar ada di situ. Ada pelbagai rasa yang bergolak di hatinya. Keadaan ini berterusan sehingga beberapa hari kemudian. Aqmar rasa lucu melihat sikap serba salah Lida.
"Abang keluar sekejap, Hannah nak menyusu." "Apa salahnya abang di sini, abang bukannya orang lain... dan...." "Dan apa?" balas Khalida. Aqmar tidak berani menambah apa-apa lagi. Dia tidak mahu menambah lagi rasa malu di hati isterinya itu. "Lida jadi kekok kalau abang asyik memandang kami... penuh takjub seperti memandang ikan di akuarium." Sambung Khalida dengan jujur. "Sejak ada anak ni, Lida... peliklah!"
Memerhati dia menyusu setiap kali, membuat Aqmar sayu dan hiba. Nuur Hannah menyedut susu perlahan-lahan dan mata Khalida yang lembut bercahaya itu merenung anaknya tanpa berkedip.
Catatan kaksu: Petikan ini kaksu tujukan untuk adik kaksu, Majidah
Nuur Hannah binti Dr. Aqmar Aziz
<1> Orang yang buta hati dan cemburu sahaja yang mengatakan Nuur Hannah bukannya anak yang hebat. Rambutnya kerinting seperti ibunya, beralun dan berkilau indah. Matanya bulat bercahaya. Keningnya teratur seperti ibunya juga. Nuur Hannah memang corbon copy ibunya. Dia anak ibunya. Dan kawan-kawan Aqmar sempat mengusik, padanlah lambatnya isteri kamu hamil Mar... sekali lahir, cantiknya bukan main.
<2> Tetapi akhir-akhir ini, kecenderungan Nuur tidak terarah ke situ. Nuur lebih senang dibelikan permainan kereta lumba atau kereta api daripada membeli peralatan muzik apatah lagi anak-anak patung. Nuur tidak seperti ibunya yang suka mendengar lagu-lagu sayu dan apatah lagi lagu-lagu asli... dan kemudian mata ibunya itu akan berkaca-kaca dengan air mata. Nuur walaupun menyalin wajah ibunya, tetapi mereka sungguh berbeza... kecuali untuk suatu perkara: kedua-dua mereka suka menangis dan mudah hiba untuk perkara yang sangat remeh.
Catatan kaksu: Kaksu suka novel Indonesia tulisan Marga T. Perkataan carbon copy itu kaksu pinjam dari novel Karmila. Novel itu kaksu baca entah berapa belas kali semasa di universiti. Macam boleh hafal saja jalan ceritanya. Tahun lalu kaksu memesan novel Karmila tu daripada pelajar kaksu yang tinggal di Medan. Nipis aja, tetapi sehingga 30 ringgit. Rasanya NTS lebih murah berkali-kali ganda. Tetapi mereka menggunakan kertas kuning. Dulu-dulu CESB juga kertas kuning. Sekarang tidak lagi. Ramai yang tidak mengerti kualiti kertas kuning. Kertas yang mahal dan tahan lama. Hanya jauhari yang mengenal manikam :)
"Ibu, pen merah pen biru... You marah I love you," jerit Hannah sebaik sahaja Khalida mencubitnya kerana meludah Chichi.
"Oh, itu lah yang Hannah belajar di sekolah ya." Kata Khalida sambil mengulum senyum, dia tidak mahu Hannah tahu dia sedang teruja dengan pantun tu. Hannah tersenyum lebar, dan mempamerkan lesung pipitnya dengan percuma. Matanya yang bersinar cemerlang itu, membuat dia nampak lagi nakal.
"Belajar di sekolah ya?" usik Khalida lagi. Kadang-kadang dia suka buat Hannah jadi serba salah, padahal di dalam hati dia selalu sahaja ketawa dengan jenaka Hannah yang menggodanya. Hannah mengangguk, dengan malu-malu.
Khalida pura-pura merenung dengan muka yang lebih serius lagi. "Kalau macam tu, ibu nak tanya tok... Hannah betul-betul ke sekolah atau main-main saja. Kalau tidak, ibu nak suruh berhenti sajalah. Duduk kat rumah tolong Mak Mah masak lebih bagus...."
Muka Hannah sudah berubah. Dia ingatkan ibunya itu sedang betul-betul hendak memberhentikannya daripada ke sekolah. Dia suka sangat pergi ke sekolah. Apatah lagi pergi sekolah tu maknanya: pergi ke rumah tok. Yalah, selepas habis waktu sekolah, dia akan mengikut neneknay balik ke rumah. Dari sana dia akan menunggu ayahnya mengambilnya untuk pulang ke rumah.
"Tak mau duduk rumah, nak sekolah." Kata Hannah dengan mata yang terkebil-kebil. Khalida terasa hendak ketawa. Hannah, Hannah... tidak mungkin ibu sungguh-sungguh. Hannah sudah mulai boleh mengeja dan membaca perenggan yang mudah-mudah. Dia juga sudah boleh menghafal ayat-ayat lazim yang pendek-pendek dari Muqadam.
Hannah segera memeluk ibunya. "Hannah janji tak akan ludah Chichi lagi. Tadi dia jilat kaki Hannah... geli lah," kata anak dara kecil tu. "Kalau tak suka kat Chichi kita buang sajalah atau beri kat Kak Lala." Usik Khalida lagi, pura-pura merugut.
Air mata Hannah sudah merambu. Satu-satunya perangai Hannah yang menurun Khalida ialah dia suka menangis, walaupun hanya kerana perkara kecil. Berapa kali Aqmar mengusik Khalida, yang perangai lemah hati Hannah tu memang macam Lida. Setiap kali itu juga, Lida akan tersipu-sipu malu.
"Tak nak...." Khalida segera mendakap dan mencium anaknya, dia sudah keterlaluan mengusik Hannah.
Catatan kaksu: Dulu-dulu bila kita orang ambil SRP (sekarang, PMR) bukan semua orang boleh automatik naik tingkatan empat. Kaksu memang malas studi (kalau baca buku cerita okey). Tetapi kaksu ni pendengar yang baik, jadi dengar aja... bacanya tidak. Lalu emak kaksu pernah ugut, kalau tak pass SRP nak beri kahwin. Ya, Allah takutnya. Tak tahu emak sekadar mengusik aja. Tetapi usikan emak menjadi, kerana kaksu betul-betul 'pulun' dua minggu yang akhir itu... hanya kerana takut dikahwinkan dengan Benggali karpet atau keling botol mana ke ahaks.
Petikan ini mengingatkan kaksu kepada emak. Jadi Khalida juga menggunakan teknik yang sama untuk mengusik anaknya, Hannah. Tapi reverse psychology yang dia gunakan ialah: nak beri Chichi kepada orang lain.
Pantun pen merah pen biru tu... kita selalu menyebut waktu kecil. Teringat dekat Lutfil *anak kak Pink* yang nak dendangkan lagu "Lai Lai Li Tampelong" kat Bonda Sue tadi. Lepas tu dia nyanyikan lagu Negaraku dan suruh kaksu mengikutnya :)
Betulkan kaksu kata, pengalamanlah insya-Allah yang akan membantu kita untuk menulis!
Posted at 06:27 pm by nrsuraya
lida_khalida November 5, 2008 10:54 PM PST lida...khalida...haha...sebijiknya nama kami..ekekeh..bestnya dapat baby cute
nina May 1, 2008 11:00 PM PDT salam kaksu, rindu dengan bait2 NTS lalu kemari.
Nak cerita sikit, semalam leyn menyanyi pantun tu pen merah pen biru, u marah, i lap u hahahahaha rupanya dia dpt dari geng bas skolah kat astro ceria :D
fatimah_hannah August 20, 2007 11:07 AM PDT Nuur Hannah.. huhu... Mungkin sya agak ketinggalan untuk menyampaikan komen di sini.. Namanya hampir sama dgn sya! Salam Nuur Hannah..:)
nurul February 7, 2007 05:54 AM PST pen merah pen biru....
nostalgia nya..
JiD October 16, 2006 05:42 PM PDT tatap wajah NuurHannah yang bersih murni nih..dapat hilang sakit gigi hari nih....**tungkat dagu tenung Nuurhannah**
org ckp..kalu kita selalu tgk wajah baby comel..nanti kita akan dpt anak comel juga..tul ke kaksue? nak tgk gambar Hannah hari2 la..hehe..
cwazy wabbit June 13, 2006 02:03 PM PDT a'kom kaksu,
n3 wabbit telah ditendang tadi.. :(
shomelnye la Nuur Hannah, tapikan kaksu, wabbit rasa sebak ya amat bila bc n3 pasai Hannah.. mesti khalida tak pernah pun sesaat melupakan detik-detik manis tu kan...
uwaaaa... *wabbit sorok muka dalam baju.. nanggis berbakol-bakol*
cwazy wabbit June 13, 2006 01:56 PM PDT a'kom..
kaksu, shomelnye Hannah... tapi bila bc n3 tuh wabbit sebak ya amat... huhu.. mesti khalida tak pernah melupakan saat2 manis itu walaupun sedetik..
uwaaa..... *sorok muka dalam baju takot orang nampak wabbit nangis*
wan amalyn June 13, 2006 01:49 PM PDT kaksu.... comelnya nuur hannah :P
KaknOOr June 12, 2006 04:04 PM PDT Kak su comel yer Hannah rasa nak bawa balik lah....eeeee geramyer
kakmon June 12, 2006 03:02 PM PDT kaksu cantiknya hannah.. rasa nak cium2 lak.. teringat pulak foto kakak masa kecil yang posing begitu. Cuma hidung kakak tak semancung itu. Juga mata tak sebulat mata itu.. :)
kaksu June 12, 2006 09:20 AM PDT Salam buat Liza,
Terima kasih :) ... NTS membuka jalan untuk kaksu mengenali adik-adik tanpa garis sempadan ... dan hari ini kaksu kenal seorang lagi... salam manis dari kaksu, Liza :)
Liza, selamat belajar di negara orang dan semoga sentiasa dalam lindungan-Nya.
Liza June 10, 2006 10:30 PM PDT Assalamualaikum,kaksu.
Salam kenalan dari Liza yg jauh ni.Liza sebenarnya dah 2-3 kali baca novel kaksu tapi baru sekarang berkesempatan nak buka blog kaksu.fyi,Liza sekarang di Jepun,melanjutkan degree disini.Februari Liza pulang bercuti ke tanahair dan jodoh mempertemukan Liza dgn NTS.Congrats and I really enjoy.In fact,Liza bawa NTS sampai ke jepun tau.Buat menghilang bosan dan tension study.hehehe..Liza suka dgn penggunaan pantun yang kaksu selitkan.Ada juga adik2 disini meminjam novel kaksu dan ramai yang queue nak baca.Hopefully ada sambungannya? Salam dari bumi sakura dan terus perjuangan penamu. Liza
kaksu June 6, 2006 09:23 AM PDT pink... 'h' for handsome... sebab tu hilang satu 'h' ahaks... sorry, LUTHFIL
Jid, sampul NTS tu macam agar-agar pandan @ serimuka ahaks. Jid terima kasih untuk promo tu :)
pinkjambu June 5, 2006 09:08 PM PDT *garu paler* camne la bole silap eja nama..padahal nama tu, bonda yang berikan ?? tak patutttt *geleng paler 7x* tak patutttt
JiD June 5, 2006 09:26 AM PDT waaaaaaaaaaaa..TERHARU nya...ada tercatat nama "Majidah" dlm blog NTS...walaupun bukan pelakon NTS..heheheh...
Kaksue..semalam jid bercerita dgn kwn jid pasal NTS...tau dak apa jadi? lepas abis jid cerita..dia terus gi MPH...cari NTS..pastu..mlm tu, dia call..bgtau..dia sayang nak baca...wakakakakak...