hakcipta terpeliharaŽnoorsuraya E-Novel Nyanyian Tanjung Sepi ini sebenarnya, belum pernah diterbitkan di mana-mana.
Cerita ini, ditulis beberapa tahun dulu (sebelum saya menulis ketiga-tiga novel saya: Biru Ungu Cinta, Tanah Andriyana & Keranamu Ain...)
Manuskrip tulisan tangan yang sebelum ini saya malu-malu dan juga tak pernah pamer kepada sesiapa; lalu kini saya beri nafas baru untuk santapan tetamu-tetamu yang mengunjungi teratak kecil Nyanyian Tanjung Sepi ini
Saya menulis novel ini, ketika saya masih bertugas sebagai guru di Sibu. Cerita ini, seusia dengan novel keempat saya; Rindunya Kian Membara.
Sudah lama Nyanyian Tanjung Sepiini (bukannya, manuskrip pertama saya) tinggal tersorok sunyi dan sepi dalam kotak kayu di rumah... lalu akhirnya beginilah jadinya....
Pandangan dan kritikan anda sangat saya hargai :) Selamat membaca ya!
Salam manis daripada saya yang mereka panggil, Kaksu [NOOR SURAYA]
"Seandainya terus mencintai Seera adalah suatu dosa... ampunilah keterlanjuranku itu, Tuhan." [Abdul Fattah] RINDUNYA KIAN MEMBARA (2004) diterbitkan oleh CESB
"Pabila berkata tentang cinta, kita... bagaikan tidak teringin jadi dewasa...." [Dr Farhana Haji Abu Bakar]
Sudah setahun Nyanyian Tanjung Sepi berada di pasaran. Inilah gambar kulitnya. Untuk pertama kali kaksu letakkannya di lamannya sendiri. Sekiranya adik-adik ingin mengetahui penamat cerita ini... silalah dapatkannya;
Bab 41 - 74 + Epilog, tiada dalam versi e-novel. Dan cerita di laman web telah diubah suai untuk versi cetak. Sila catatkan 'rasa' anda pada ruangan... catatan tamu --> Noor Suraya. Terima kasih :)
Posted at 07:09 pm by nrsuraya
nora July 19, 2009 11:25 AM PDT ah sronoknye cite NTS nii!! dah baca edisi belum cetak kt sini...tapi x puas selagi tak bace full kat edisi cetak... tak saba nak balik msia beli!!! =)
anyss January 2, 2009 01:17 PM PST salam kak sue..sy suke sume novel kak sue..tp yg plg bez mstila nyanyian tnjg sepi ni..bez sgt2..sy bce byk kali..mak n sy msti nangis stiap kali bace novel ni..keep up d gud work kak sue...
KAMALIA November 12, 2008 02:04 PM PST mne na cri buku ni?sy kt johor
sakura October 15, 2008 06:27 AM PDT crite ni menyedihkan
sampai terbangun tengah mlm sebab sayu sangat cerita ni
buat la lg sambungan
matikan watak tengku dara dan zainul
biarkan akmal dan syarifah khalida barsama semula
wat happy ending...
yaya August 18, 2008 10:56 AM PDT assalam kak su...saya rasekan cite NTS nie kalau wat drama mesti dapat sambutan...sebab sungguh menyentuh hati sesape jer yg membacenye...wah teringinnyer saye nak jumpa kak su...
Rozie April 4, 2008 12:22 AM PDT Tahniah! Sebuah novel yg cukup meninggalkan kesan pada pembaca. Homework yang bagus. Semoga kak su sukses selalu.
iEn February 4, 2008 09:23 PM PST saya pernah baca novel ini.. tersentuh di jiwa saya memahami erti cinta. great job!
nikmah January 3, 2008 10:35 AM PST as'kum...
menunggu hasil karya akak amat menyeksakan buat saya..
novel NTS mengingatkan tentang islam dan banyak pengajaran dan teladan yg boleh diambil...
tahniah atas karya yg telah dihasilkan...
saya teringin sgt untuk bersua muka dgn akak...
illy imran September 26, 2007 07:36 AM PDT kaksu wat sy angau tiga ari tiga malam
kaksu dera sy smpi sy x bleh kuar dr 'dunia' nuur khalida dan 2 buah hatinya, smpi tatau mana nk pilih...aqmar aziz ke, zainur... :S
hu hu hu hu...
nabila July 11, 2007 12:51 PM PDT saya baru jumpa novel ni last week..and baru abis baca last night...best giler...sarat dengan ilmu dunia dan akhirat...thaniah tu kak noor suraya...bila nak kuar novel baru?
dang amai June 15, 2007 05:46 PM PDT kaksuuuu.. rindu dengan bait-bait syahdu dlm nyayian tanjung sepi mu
halwa April 11, 2007 09:46 PM PDT asssalamualaikum,saya ini peminat novel dari spore..firstly,saya mengucap kan syabas atas hasal kakak yg sunggup mengkagum kan..sehingga saya menitis mata dan buku ini sentiasa mengingatkan saya pada ALLAH s.w.t
Anakkucing March 5, 2007 10:44 AM PST Wahh..kaksue...TAHNIAH!! Selamat ulang tahun buat NTS...
A'ahkan kak nottie..sekejap jer masa berlalu...
Dan genap setahun juga lah nampaknya anakkucing mencari 'Doktor Aqmarnya' tak jumpa2 lagi..muahahaha....
notie March 2, 2007 10:41 AM PST Kaksu, sekejapnya masa berlalu dah setahun rupanya. Walaupun begitu kemanisan berukhwah sambil bergurausenda bersamanya tetap dlm ingatan.
Rindu bercanda dgn lida dan arjuna hatinya. Asyik masyuk melayan keluhan dan rintihan hati lida dek panahan asmara arjuna dlm dewan kuliah. heheheeh tangkap jiwang karat tul bila saya teringat. Apa pun semuga kaksu sucess. Amin