usah merinjis awan dalam renyai yang merintik ... usah menginai gelap malam dengan ungu warna pelangi
Nyanyian Tanjung Sepi




Catatkan di BUKU TAMU
hakcipta terpelihara®noorsuraya
E-Novel

Nyanyian Tanjung Sepi

ini sebenarnya, belum pernah diterbitkan di mana-mana.

Cerita ini, ditulis beberapa tahun dulu (sebelum saya menulis ketiga-tiga novel saya: Biru Ungu Cinta, Tanah Andriyana & Keranamu Ain...)

Manuskrip tulisan tangan yang sebelum ini saya malu-malu dan juga tak pernah pamer kepada sesiapa; lalu kini saya beri nafas baru untuk santapan tetamu-tetamu yang mengunjungi teratak kecil Nyanyian Tanjung Sepi ini

Saya menulis novel ini, ketika saya masih bertugas sebagai guru di Sibu. Cerita ini, seusia dengan novel keempat saya; Rindunya Kian Membara.

Sudah lama Nyanyian Tanjung Sepi ini (bukannya, manuskrip pertama saya) tinggal tersorok sunyi dan sepi dalam kotak kayu di rumah... lalu akhirnya beginilah jadinya....

Pandangan dan kritikan anda sangat saya hargai :)
Selamat membaca ya!

Salam manis daripada saya yang mereka panggil,
Kaksu

[NOOR SURAYA]

adnannsuraya@yahoo.com

TAUTAN BLOG

RUMAH KECIL TIANG SERIBU
AYERMATA
SERIBU SATU MALAM




Tetamu
ke

free hit counter
Nyanyian Tanjung Sepi
mulai dilancarkan secara rasmi pada 3 Ogos 2004

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

NYANYIAN TANJUNG SEPI (2006) diterbitkan oleh CESB



Dang Bersaudara
[Amai][Anis][Ayang][Inoi][Jijah][Kalas][Sari][Nila]

KERANAMU AIN... (2001) diterbitkan oleh CESB


"Jika mencintaimu membawa hukuman mati... aku sudah lama mati."
[Nik Ahmad Adam]




BIRU UNGU CINTA (2003) diterbitkan oleh CESB



"Seandainya terus mencintai Seera adalah suatu dosa... ampunilah keterlanjuranku itu, Tuhan."
[Abdul Fattah]


RINDUNYA KIAN MEMBARA (2004) diterbitkan oleh CESB



"Pabila berkata tentang cinta, kita... bagaikan tidak teringin jadi dewasa...."
[Dr Farhana Haji Abu Bakar]


TANAH ANDRIYANA (2002) diterbitkan oleh CESB



"Asap api embun berderai,
Patah sayap haluan perahu;
Niat di hati tak mau bercerai,
Kuasa Allah siapa yang tahu?"



GURINDAM JIWA: HATI ANDRIYANA (2007) diterbitkan oleh Jemari Seni Publishing








If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



 
Thursday, March 09, 2006
Nyanyian Tanjung Sepi – Sebuah Kenangan
Tinggi bukit gilang-gemilang,
Air laut tenang-tenangan;
Budi sedikit tidak kan hilang,
Itu menjadi kenang-kenangan.


Rasa-rasanya KakSu menulis Nyanyian Tanjung Sepi dalam tahun 1991 lagi. Ketika itu, KakSu baru sahaja 'posting' ke Sibu. Setiap petang KakSu cuba menyibuk diri apabila Abang Rosdi sibuk bermain bola sepak dan latihan ragbi untuk pasukan sekolahnya.

Kami tinggal di 'apartment' empat tingkat, berdekatan dengan 'town'. Kebetulan kami tinggal di tingkat atas dengan 'attachment' ruang kosong di atasnya lagi. Rutin yang menyeronokkan; ke perpustakaan awam (syukurnya, dibuka hingga jam sembilan malam... dan dapat meminjam 4 buah buku sekali gus). Sekarang ni, di sini (Sungai Petani) perpustakaan hanya di buka mulai jam sepuluh pagi sehingga 5 petang sahaja. Apatah lagi sekarang ni kerajaan cuti Jumaat dan Sabtulah pulak.

Bagaimanapun perpustakaan tiga tingkat (? Tak ingat) di Sibu tu cuma ada buku-buku cerita bahasa Cina dan Inggeris (KakSu tak baca pun). Tetapi ada banyak buku ilmiah, jadi itulah buku-buku yang dapat kami pinjam dan baca. Bayangkan kalau dah dua orang pinjam, kita dapat 8 buah buku.

Selepas tu kami akan makan-makan di tepi jalan dekat Kampung Datuk. Di situ jual ayam bakar (golek) dan sup udang galah yang sedap dengan cendawan. Airnya, tentulah air kelapa. Ayam seekor (ketika tu, tak boleh beli separuh lagi) kami habis berdua sahaja. Padanlah KakSu menjadi sangat tembam ketika duduk di Sarawak dan kemudiannya, berat badan tu sudah tak susut-susut lagi sehingga kini.

Lalu apa lagi yang KakSu buat untuk memenuhi masa yang terluang di 'apartment' tu sendirian? Tentulah dengan menulis. Lalu cerita Nyanyian Tanjung Sepi dan Rindunya Kian Membara (bukan judul asal)... KakSu lakarkan, dalam buku latihan. Rasa-rasanya kedua-dua cerita ni dilahirkan dalam tempoh yang lebih kurang sama. KakSu tidak ingat yang mana KakSu mulakan dahulu; Nyanyian Tanjung Sepi atau Rindunya Kian Membara?

Seingat KakSu, tajuk yang KakSu tulis pada ketika itu untuk Nyanyian Tanjung Sepi ialah
>>> Dr Khalidah: Nyanyian Tanjung Sepi
Sementara untuk Rindunya Kian Membara ialah;
>>> Dr Farhanah: Kasih Yang Berderai

Ketika itu, tidak pernah terlintas di hati KakSu untuk menghantar manuskrip itu ke mana-mana. KakSu tidak pernah tahu, di Semenanjung orang CESBsudah mulai menerbitkan novel-novel pun. Sebab buku-buku cerita (kecuali keluaran DBP) tidak pernah sampai dijual di Sibu. Jadi KakSu menulis untuk seronok sendiri sahaja.

Yaalah, supaya apabila KakSu bersendiri, ada sesuatu yang KakSu lakukan untuk menghabiskan masa yang terluang. Ketika itu, KakSu sudah pun menaip cerita Kernamu Ain Najwa... (tajuk asal). Semangatlah tu, baru beli PC 'second hand' dari orang. Rasanya harganya, RM2000. Abang Rosdi pernah mengusik, "boleh balik modal ke beli komputer ni?" Alhamdulillah, walaupun masih terkial-kial menaip dengan dua jari... KakSu memang menang beberapa peraduan menulis cerpen hasil dari menaip dengan PC tu... yang terbesar tentulah anugerah Sayembara Esso-Gapena ke-9, hadiahnya RM3,000. Balik modallah tu.

Walaupun sudah ada PC, tetapi sedari dulu pun, Nyanyian Tanjung Sepi dan Rindunya Kian Membara (KakSu cadangkan tajuknya sebagai, Surat Bersampul Perang kepada penerbit)... tidak pernah bertaip. Kerana tiba-tiba minat KakSu terarah ke arah menulis cerpen juga. Silalah ke rumah KakSu Buat Menyapu Si Ayer Matauntuk membaca cerpen-cerpen lama-lama KakSu di situ.

KakSu menulis Nyanyian Tanjung Sepi ke blog selepas, ingin menulis sebuah e-novel. Tentu sahaja ketika itu terpengaruh dengan penulisan anis a.k.a rnysa yang manis dalam RADHA. KakSu ingin menulis Nyanyian Tanjung Sepi ke situ kerana Nyanyian Tanjung Sepi tu KakSu tak berminat nak terbitkan ke mana-mana lagi. KakSu rasa ceritanya macam ala-ala Rindunya Kian Membara sahaja. Lalu daripada tersimpan dalam kotak kayu atau dibuang begitu sahaja... biarlah KakSu tulis cerita tu secara bersiri di blog ini.


Inilah manuskrip bertulis tangan dalam buku latihan
yang kaksu pindahkan ke blog secara bebas
dan ubahsuai sesedap hati itu....


Tidak sangka ya, blog ini telah mendewasakan Nyanyian Tanjung Sepi... pabila Nida melamar Nyanyian Tanjung Sepi KakSu dan dipujuk-pujuk oleh pelayar yang singgah di Nyanyian Tanjung Sepi, KakSu pun terasa nak membukukannya....


[Bersambung]

Posted at 11:29 am by nrsuraya
Comments (14)  

 
Thursday, December 29, 2005
Siri Pantun-pantun dari Nyanyian Tanjung Sepi [Akhir]

[71] – Elegi Sepi
Kalau memerah limau kasturi,
Sebelum diperah buanglah bijinya;
Harta habis boleh dicari,
Patah hati apakah ubatnya.

[72] – Mahadewi
Padang Panjang dilingkar bukit,
Bukit dilingkar kayu jati;
Kasih sayang bukan sedikit,
Dari mulut sampai ke hati.

[73] – Keranamu Lida...
Orang Acheh pulang ke Acheh,
Mengail kurau dapat senangin;
Bakan mudah kita berkasih,
Laksana wau melawan angin.

[74] – Akulah Rusukmu Yang Hilang
Anak ruan lima-lima,
Mati ditimpa punggur berdaun;
Kasih tuan saya terima,
Menjadi hutang beribu tahun.


Rumusan: 
Cerita ini dimulakan dengan sebuah PROLOG.  Dan diakhiri dengan sebuah EPILOG.  Ada DUA bahagian semuanya; I dan II.  Episod untuk Bahagian I ada 40 dan selebihnya, tercatat di Bahagian II.  Akhir kata, ini sahajalah koleksi pantun-pantun yang menamatkan setiap episod dalam Nyanyian Tanjung Sepi... sebuah pantun tu sumbangan Kak Ryn dan Kak Nina... daripada nenek mereka.  Kaksu catatkan dalam bahasa asal - Bahasa Brunei.  Terima Kasih ya, terima kasih untuk semua yang sudi mengintai kaksu di Nyanyian Tanjung Sepi. 


Posted at 05:18 pm by nrsuraya
Comments (8)  

 
Tuesday, December 27, 2005
Siri Pantun-pantun dari Nyanyian Tanjung Sepi [10]

[66] – Rindu ini Milik Siapa?
Pergi ke hutan memburu rusa,
Rusa berjemur di tengah panas;
Kalau pandai menimbang rasa,
Jangankan tepi, di tengah tak lemas.

[67] – Bintang-bintang  ke Syurga
Sapu tangan punca pelekat,
Pakaian anak raja di Jeddah;
Luka di tangan dapat dilihat,
Luka di hati bilakah sudah?

[68] – Lepaskan Aku dari Hatimu
Bongkar sauh kembangkan layar,
Orang berjudi di dewan sikat;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi hati terikat.

[69] – Kekasih Waktu
Buah berangan masaknya merah,
Hendak belayar pergi ke hulu;
Luka di tangan darahnya merah,
Luka di hati Tuhan yang tahu.

[70] – Bagaikan Bulan dengan Matahari
Limau manis condong ke paya,
Boleh buat ampaian kain;
Mulut manis kepada sahaya,
Hati kasih pada yang lain. 


ANEKDOT:
P/S: Adhan kaksu syorkan Adhan baca versi cetak aja nanti, sebab versi e-novel ni sudah berubah banyak.  Nanti-nanti kaksu tuliskan sinopsisnya di sini ya.

petikan dari Bab 67 - Bintang-bintang ke Syurga
BULAN MALAM itu indah dan cerah sekali.  Hari yang keempat belas, dalam bulan Safar.

Cahaya peraknya membasahi alam.  Lida tiba-tiba teringat pada Aqmar lagi.  Suaminya itu suka betul melihat bulan mengambang.  Sewaktu Lida masih di kampus – beberapa tahun yang lalu – Aqmar sering menyuruh Lida memandang bulan pada saat Aqmar juga sedang melihat bulan di langit.  Katanya lewat telefon, "abang sedang merenung Lida di celah-celah bulan purnama pada saat ini.  Pandanglah abang dari sana ya, Lida!"  kata-kata kecil begitu sering menemani Khalida, ketika dia kesunyian di kampus.  
 

Aqmar, si doktor tulang itu boleh tahan juga romantis orangnya sehinggakan kadang-kadang menimbul rasa cemburu di kalangan teman-teman Lida.  Tetapi keindahan begitu  sudah tidak terasa lagi.  Bukannya kerana Aqmar sudah tidak menyayanginya, bukan juga kerana Aqmar sudah hilang sifat-sifat romantisnya... tetapi Lidalah yang sedang belajar membuang rasa sayang itu sedikit demi sedikit dari hatinya.  Untuk apa?  Dan Kenapa?  Dia sendiri tidak ada jawapannya.  Aqmar sendiri sudah mulai bimbang dengan sikap sedingin salju Lida akhir-akhir ini!  Tetapi apakan daya Lida;  kalaulah dia diberi pilihan, dia pun tidak ingin menggores hati Aqmar.  Bagaimanapun pada waktu ini kalaulah diberi peluang, dia sudah tidak ingin menjadi isteri Aqmar lagi.


Posted at 09:57 am by nrsuraya
Comments (12)  

 
Sunday, December 18, 2005
Siri Pantun-pantun dari Nyanyian Tanjung Sepi [9]

[60] – Membilang Bintang-Bintang di Langit
Buluh perindu di atas gunung,
Habis luruh buah padiku;
Rindu dinda tiada tertanggung,
Hancur luluh rasa hatiku.

[61] – Pulangkan Hatinya
Makan sirih tidak berkapur,
Sayang emas disangka suasa;
Mula ku sangka tuan jujur,
Rupanya tuan racun yang bisa.

[62] – Rinduku Hanya Untuk Dia!
Ambil kain dibuat sumbu,
Nanti santan dibuang-buang;
Jangan dibuat seperti tebu,
Manis ditelan hampas dibuang.

[63] – Biru Ungu Cinta
Cuba-cuba bertanam mumbang,
Moga-moga tumbuh kelapa;
Cuba-cuba bertanam sayang,
Moga-moga menjadi cinta.

[64] – Telah Kuberi Hatinya
Hari gelap pasang pelita,
Pasang mari dalam kelambu;
Kita juga bercinta-cinta,
Orang benci kita tak tahu.

[65] – Dikejar Bayang-Bayang Masa
Aneh sungguh tebu seberang,
Dari perdu sampai ke pucuk;
Manis sungguh mulut cik abang,
Tipu adik di dalam pujuk.


ANEKDOT:
Nyanyian Tanjung Sepi sudah di peringkat pracetak... harganya murah 20%... hati kaksu sudah berdebar... tak sabar nak baca edisi novel yang sebenarnya


Posted at 09:27 am by nrsuraya
Comments (4)  

 
Monday, November 28, 2005
Siri Pantun-pantun dari Nyanyian Tanjung Sepi [8]
BAHAGIAN II



[56] – Kota Asmara
Teluk Jati melambung pukat,
Buluh perindu tidak berdahan;
Buah hati marilah dekat,
Rindu abang tidak tertahan.

[57] – Maafkan Aku, Dara!
Terang bulan awan beralih,
Anak yatim berkayuh perahu;
Lahir kupandang nampak kekasih,
Dalam hati sayalah yang tahu.

[58] – Terpenjara dalam Cinta
Buah kemuning setangkai lebat,
Mari diperam di dalam kalong;
Sakit pening dapat diubat,
Rindu dendam tidak tertanggung.

[59] - Biarkan Rembulan Sendiri?
Dari Arab turun ke Acheh,
Naik ke Jawa berkebun serai;
Apa diharap hati yang kasih,
Badan dan nyawa lagi bercerai.

[60] – Membilang Bintang-Bintang di Langit
Buluh perindu di atas gunung,
Habis luruh buah padiku;
Rindu dinda tiada tertanggung,
Hancur luluh rasa hatiku.




ANEKDOT
*********************
Walimatulurus
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Hajah Syarifah Azizah Jamilah Haji Syed Burhan al-Aziz

Menyusun jari jemari menjunjung kasih mempersilakan
Yang Berbahagia Dato’/Datin/Tuan/Puan/Cik
..................................................................................................

dan seisi keluarga ke majlis raja sehari putera saya:

Doktor Aqmar Aziz bin Haji Zubir
dengan
Syarifah Nuur Khalida binti Syed Edriss al-Bukhary

Bagi menyempurnakan sunah Rasul, menunaikan hajat ayah bonda serta
meraikan tambatan kasih janji sepasang hati
membina mahligai bahagia
Pada hari Ahad, 22 Disember 1985 bersamaan 10 Rabiulakhir 1406

Di kediaman kami:
Lot 376 Taman Golf, Kelab Golf Diraja Kedah, Jalan Sultanah, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman

Semoga dengan kesudian & kehadiran Yang Berbahagia Dato’/Datin/Tuan/Puan/Cik akan bertambah seri lagi majlis ini dan diberkati Allah hendaknya

Wassalam

Turut Mengundang:
Haji Zubir bin Kamarudin dan Hajah Che’ Sazlina Lebai Badri

Turut Menanti:
Ainin Umaira & Mukhtar bin Azhari
Ainul Mardiha & Wan Husaini Helmi Wan Hosni
Datin Afifa Rehana & Dato’ Abdillah Neoh Abdullah
Arni Baizura & Ishak bin Rasul
serta sanak saudara

*******************
Dipetik dari bab 28 NTS...

Posted at 05:39 pm by nrsuraya
Comments (6)  

Previous Page Next Page