Entry: Nyanyian Tanjung Sepi - Sebuah Catatan Tuesday, April 18, 2006



Melakar Cerita di Laman Rumah Kecil Tiang Seribu...

Kaksu mulakan cerita Nyanyian Tanjung Sepi setelah; teman baik kaksu tidak benarkan kaksu menulis cerita "Rumah Kecil di Ujong Padang" yang baru sahaja kaksu siarkan dua kali dalam blog. Katanya, nanti orang ciplak… cerita tu kan kaksu nak terbitkan nanti. Mengikut telunjuknya ahaks… betullah tu menulis di maya bukannya selamat kerana tak ada copyright. Lalu akhirnya kaksu pilih Nyanyian Tanjung Sepi… yang kaksu dah nekad tak nak terbitkan.

Untuk mengajak pengunjung ke Rumah Kecil Tiang Seribu, kaksu tuliskan cerita tu bersama-sama cerita Keranamu Ain…II. Alasannya, novel tu dicetak empat kali, jadi kaksu rasakan kalau gabungkan dalam Nyanyian Tanjung Sepi sudah tentu ada pengikutnya yang tersendiri. Kaksu bercadang menulis cerita berbingkai di situ… iaitu NTS duduk dalam Keranamu Ain… II, macam kita buat inti karipap. Jadi inilah yang telah kaksu lakukan…

Kaksu jadikan Ain menulis novel tentang cerita Doktor Syarifah Nuur Khalida… lalu entri pertama berbunyi begini dengan tajuk yang kaksu catatkan sebagai:

Cerita Tentang Ain...
Telah lama Ain ingin menulis cerita cinta Doktor Syarifah Nuur Khalidah yang telah ditemuinya beberapa tahun yang lalu, tatkala menghadiri Majlis Konvokesyen di Universiti Sains Malaysia. Namun begitu, Doktor Syarifah yang Ain panggil Kak Lida, masih menyembunyikan cerita cintanya yang sungguh unik itu. Kata Kak Lida, kalau kita dah cerita pada orang lain ... semuanya sudah tidak indah lagi.

Dalam diam-diam Ain pujuk-pujuk juga, sedikit-sedikit maklumat itu Ain simpan dalam catatan. Kemudian, apabila dirasanya, dia sudah mampu menulis ... sayangnya masa sudah tidak ada. Masa masih tidak menyebelahinya. Ain menjadi sangat sibuk.

Sekembali ke Malaysia dari Brunei Darussalam dan kemudiannya mendirikan rumah tangga … Ain seperti kehilangan seluruh masa. Ain tiada masa untuk dirinya sendiri. Malah setiap kali pula, suaminya keluar outstation ke mana-mana, setiap kali itulah Ain mengikut suaminya itu ke mana-mana juga. Dia seperti sudah menjadi bayang-bayang untuk suaminya pula. Selalunya mereka akan ke Terengganu, kerana suaminya harus berada di pelantar laut selama beberapa hari, kadang-kadang berbelas hari. Lalu Ain juga terpaksalah berkampung di sana. Kalau tidak tinggal di hotel sendirian menunggu suaminya pulang. Ain akan tinggal di apartment yang disediakan untuk staf Petronas di pinggir pantai itu, keseorangan.

Bersambung….

1.  Kenapa judulnya, Nyanyian Tanjung Sepi?
2.  Siapakah orang yang pertama memberi komen di situ?
3.  Kenapa pisahkan NTS dari blog ibu kandungnya...
Rumah Kecil Tiang Seribu ?
 

   10 comments

fizaconan
August 31, 2009   03:50 PM PDT
 
bes sgt cita NTS ni..
suma novel kaksu bes..
hrp ada lg karya kaksu yg terbaru n bes mcm novel2 yg sebelumnya ..
neo
December 5, 2008   08:39 PM PST
 
assalamualaikum..best sgt citer nie.hope kak su dpt kuarkan nvel yang islamic cm nyanyian tanjung sepi.bkn pe,kebanyakn pembaca kdg2 lebih terkesan untuk melakukan sesuatu kerana mereka menghayati cerita ..pe2 pun nyanyian tanjung sepi best sgt.terharu la
kakmon
May 5, 2006   03:23 PM PDT
 
inti karipap???? patutpong syedap hikhikhikhik
JiD
April 25, 2006   10:17 AM PDT
 
kaksue...dgn berbesar hatinya jid datang nih nak jemput kaksue ke umah jid..jomla..jom la..jomla...**heret tangan kaksue dgn sekuat hati...**
adhan
April 22, 2006   06:21 PM PDT
 
sori kak su tumpang jap...

kak pink suruh saya menulis..apa nak tulis ek? *kerut dahi pikir nak tulis apa*
Em
April 20, 2006   10:29 PM PDT
 
kaksu, macam inti karipap? *jeling kat org bawah*
pinkJambu
April 20, 2006   04:05 PM PDT
 
adhan, kakpinK rasa adhan pun boleh menulis ;) tulis la SESUATU
adhan
April 19, 2006   10:41 PM PDT
 
kak su...nak kuarkan Keranamu Ain...II ek? cepatlah..tak sabar nak baca dan jadikan koleksi..
noor suraya
April 19, 2006   03:19 PM PDT
 
nur,
kaksu pun sama... walaupun nur jarang berkicau... kasih kaksu pada nur tak pernah berkurangan...

sayang:
kaksumu
Nur
April 19, 2006   09:16 AM PDT
 
sayang kak su selalu..Nur masih belum habiskan NTS(Nur baca lompat2 smpi sekarang),terlalu sayang utk dihabiskan.supaya memori kita sentiasa di situ dan segar selalu...

selalu rindu pada saat2 itu.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments